PROSES TEMPAHAN
JAHITAN PUKAL BERKUALITI
PROSES #2
Membuat
Contoh Prototype Pakaian/Tudung/Telekung atau sebagainya.
1. Pastikan kita mempunyai
rekaan yang kita mahukan. Buatlah sedikit penyelidikkan tentang design ataupun
pattern yang ada di pasaran sekarang. Boleh tengok media sosial ataupun internet
untuk info tentang pattern yang laku keras,
2. Ada sesetengah kilang jahit mereka boleh menasihatkan tentang design/pattern
yang terbaru namun sesetengahnya sekadar acuh tak acuh. Kita kena ada idea
sendiri tentang apa tempahan yang kita mahukan.
3. Pastikan design/pattern tersebut
bersesuian dengan kain yang kita pilih. Kena ada sedikit ilmu tentang kain.
Perkara terbaik adalah kita ambil masa untuk berjalan-jalan di pusat jualan
kain dan mengetahui sedikit sebanyak tenang ilmu kain. Contohnya cotton pun ada
pelbgai jenis dan kualiti, begitu juga lycra mahupun chiffon. Ada banyak
kualiti !
4. Biasanya untuk kilang jahit yang berpengalaman mereka memang mempunyai
designer yang boleh menasihatkan jenis design/pattern mahupun jenis kain yang
sesuai di gunakan. Kilang yang begini akan memudahkan kerja kita sebagai pemain
baru didalam industri fesyen.
5. Proses membuat sample prototype biasanya mengambil masa 1-4 minggu mengikut
tempoh jadual pengeluaran di sesebuah kilang jahit. Kita tak boleh nak sesuka
hati nak potong jadual pengeluaran orang lain takut nanti lain kali orang pula
potong jadual kita. Pihak kilang pasti dapat memberikan tarikh yang dijangkakan
siap.
6. Apabila sample prototype
siap, cepat-cepat lah datang tengok ataupun minta di poskan dan sekiranya tidak
berpuas hati dengan contoh tersebut tak perlu marah-marah. Apa yang ada di otak
kita tak sampai kepada otak orang lain. Kita terangkan semula apa yang kita
mahu sehingga designer tersebut paham dengan jelas.
7. Di kilang jahit kami,
proses alterations akan dibuat hanya SEKALI sahaja, selepas itu sekiranya
pelanggan masih tidak berpuas hati, maka bayaran tambahan akan dikenakan untuk alter
prototype tersebut. Terkadang apa yang ada di otak kita apabila di materialize
kan tak sama dengan keinginan kita dan itu bergantung kepada jenis kain dan
design. Jangan lah cakap tukang jahit tak pandai pulak ya, kita sendiri kurang
ilmu sebenarnya.
8. Biasanya pihak kilang akan mengenakan bayaran untuk membuat contoh prototyope
dan harganya bergantung kepada susah senang setiap design/pattern. Dikilang
kami bayaran minima RM150 sehingga RM300 ikut susah senang design. Namun harganya
akan di kembalikan kepada harga pukal
apabila pelanggan menjalankan proses pengeluaran di kilang kami.
9. Nampak pelik kan, namun
untuk menjaga kepentingan kami sebagai peniaga juga, kalau tidak kilang kami
akan menjadi pusat membuat contoh prototype kepada pelanggan sahaja. Ramai
pengilang asing yang tiada ilmu melukis pola akan tekap baju contoh prototype.
Hati-hati ini akan menyebabkan size akan berubahan juda pola senget. Pola
senget menyebabkan pakaian tersebut tidak sedap di pakai.
10. Membuat 1 contoh
pengeluaran tidak sama dengan membuat 100 pasang pakaian pasti akan ada silap
kecil namun untuk kilang yang melukis pola dan bersistem, kesilapan ini dapat
di minimize kan. Pilihkan kilang yang berpengalaman dan mempunyai pekerja yang
mahir.
11. Pastikan kita mempunyai contoh prototype seawal mungkin, jangan tunggu
sehingga saat akhir baru nak menempah. Kilang jahit biasanya 6 bulan sebelum
raya sudah membuat pengeluaran untuk jualan raya. 1 Ramadhan baju sudah kena
ada di butik ataupun bazar.
12. Apabila contoh prototype
sudah dipersetujui maka pengeluaran akan dibuat sama sekali dengan contoh pakaian.
Dan pengilang tak akan membuat sebarang ubahan. Pihak kilang tak akan
memperbaiki ataupun membuat alteration untuk kesilapan pelanggan yang tetiba
nak tambah poket atau sebagainya. Ini memang sudah terang dan jelas.
Proses membuat contoh prototype
ini amat penting dan sangat serius kerana contoh yang 1 ini akan dibuat 100 –
1000 pasang mengikut keperluan pasaran,
Ada sesetengah kilang mereka
akan menyediakan beberapa design/pattern untuk koleksi jualan raya. Ada juga
yang membuat pertunjukkan fesyen untuk design mereka. Biasanya designer tekenal
yang membuat begitu.
Untuk orang baru, kita kongsi kek je lah kan. Ubah sana sikit situ sikit sudah
memadai, kita tak pun tapi kita improvise design ikut idea kita. Designer pun
ramai yang begitu.
Di kilang kami tempahan pukal minima 20 pasang
sahaja tapi kena cari kain sendiri la ya tapi kalau tempah 100pasang pasti designer
kami akan tolong belikan kain.
Beli kain 100 meter tak sama dengan beli kain 1000 meter, harga pun berbeza juga. Kami pula beli
kain direct dari pengimport kain mereka tak jual 1 kayu.
Untuk mereka yang baru nak masuk industri pergi
lah buat “fabric hunting” supaya tidak di tipu pembekal kain mahupun pengilang jahit
yang menyediakan kain.
Pastikan kita paham design dan juga jenis kain yang sesuai, tak ada lah pening kepala.
Berniaga fesyen itu menyeronokkan.
Jemput datang ke kilang jahit kami di Seksyen 28, Shah Alam atau wasap 010-9285344
– berikan design ataupun gambar agar mudah kita menggirakan kos jahitannya.
Kalau tak jawap tu mesti sibuk ataupun berada di
luar kawasan.
Hubungi pejabat 03-5103 8583 untuk temujanji.