Sunday, 2 September 2018

PROSES #1 - MENGENAL KILANG JAHIT YANG BERKUALITI

PROSES TEMPAHAN JAHITAN PUKAL BERKUALITI

PROSES #1
Menggenal Kilagn Jahti Yang Berkualiti.

Perkara yang kita perlu tahu didalam mengguruskan tempahan jahitan dengan kilang jahit:-

1 - Bagaimana proses membuat tempahan tersebut dijalankan.
Adakah pihak kilang jahit ada dokumen yang sah ataupun sebarang catatan serta prosedur.

2 - Berapa kah harga upah tempahan jahitan tersebut.
Sebaiknya kita berikan gambar atau contoh baju supaya tukang jahit dapat menggira kos dengan tepat, seperti berapa banyak zip nak gunakan, berapa banyak butang, ada poket atau tidak atau sebagainya.

Ada pelbagai kualiti jahitan butik, jahitan butik kilang, jahitan mess market juga jahitan pasar malam. Cari tukang jahit yang betepatan dengan kualiti yang kita mahukan dengan harga kemampuan kita juga.

3 - Bila tarikh tempahan kita di jahit dan bila dijangkakan siap. Kilang jahit pasti ada jadual pengeluarannya jadi mereka sewajarnya boleh memberikan agak-agak tarikh yang di jangkakan siap.

4 -  Untuk sesetengah kilang jahit mereka akan menggenakan bayaran untuk contoh prototype design yang kita mahukan. Maka pastikan contoh prototype yang kita mahukan sama dengan apa yang ada di kotak fikiran ataupun yang kita sudah lukis.

 5 -  Ada setengah kilang jahit mereka tidak mempunyai Pelukis Pola yang bertauliah maka mereka akan meminta kita membuatkan contoh prototype supaya mereka boleh tekap baju tersebut. Ini kena hati-hati kerana size nya ada berkemungkinan akan terlari sedikit atau pola senget.

6 - Pastikan kualiti jahitan yang bagaimana yang kita mahukan. Boleh tengok contoh jahitan ataupun minta mereka membuat 1 contoh jahitan sebelum menjalankan pengeluaran yang banyak. Sekiranya berpuas hati baru teruskan.

Namun kena berhati-hati ada sesetengah kilang, contoh jahitan di buat oleh tukang jahit lain jadi dengan melihat contoh jahitan dari pengeluaran yang sedang di jalankan itu lebih baik.

7 - Juga pastikan adakah kilang jahit tersebut menyediakan kain, kemudian kain kualiti bagaimana serta adakah warna-warna nya menepati warna kegemaran kita.

Kain murah dan kain mahal pasti ada bezanya!

8 -
Ada sesetengah kilang jahit mereka mempunyai terma dan syarat. Pastikan kita benar-benar paham sebelum menjalankan sebarang urus niaga termasuk lah pembayaran wang pendahuluan dan sebagainya.

Kita juga boleh menyediakan
surat perjanjian yang adil di antara 2 pihak dan sekiranya bersetuju baru lah kita meneruskan urus niaga tersebut.

Apabila berlaku sebarang kesilapan jahitan seperti size yang dipersetuju telah berubah atau berbeza ataupun baju tersebut rosak adakah mereka mempunyai sistem untuk memperbaikinya

9 - Perkara yang sangat penting adalah mencari kilang jahit yang boleh dipercayai contohnya adalah dia mempunyai website, adakah dia mempunyai talian telefon Telekom, adakah mereka mempunyai pejabat serta kilang jahit, adalah mereka sudah lama berada di pasaran. Boleh juga lihat dari wesbsite atau fan page atau ig mereka adalah mereka jujur. Gambar-gambar ini dapat membantu kita mengenal samada mereka jujur atau tidak.

Walaupun kita sudah berhati-hati namun penipu akan sentiada ada bersama kita, namun dengan sedikit ilmu ini, saya harap dapat membantu para usahwan textile yang baru menapak

Kami menawarkan tempahan jahitan pukal berkualiti dengan minima 20 pasang sahaja.
Kain tidak disediakan kecuali minima 100 pasang.

Boleh hubungi kami di talian 03-51038583 atau wasap 010-9285344

Kualiti Jahitan adalah jamninan kami !!!







No comments:

Post a Comment

Tempahan Jahitan Sempena Hari Raya Kini Dibuka!

🌟 Tempahan Jahitan Sempena Hari Raya Kini Dibuka! 🌟 Jangan tunggu hingga saat akhir! Pastikan anda tampil anggun bergaya dengan baju raya ...