PROSES
TEMPAHAN JAHITAN PUKAL BERKUALITI
PROSES #3
Pengeluaran Tempahan Jahitan
Apabila kita sudah mempunyai contoh prototype pakaian.tudung ataupun telekung yang hendak di tempah ataupun telah berpuas hati dengan contoh prototype yang dibuat, proses seterusnya adalah untuk meneruskan tempahan jahitan.
Antara perkara yang perlu kita ambik berat adalah :-
1. Memberikan contoh prototype ataupun contoh pakaian rujukan pihak kilang untuk membuat pola saiz dan juga jahitan.
2. Pastikan kita memberi kain yang mencukupi, contoh untuk membuat 1 baju kurung memerlukan 4-
Sekiranya tak cukup nanti
kilang akan charge tempahan pada harga personal, dimana biasanya tempahan
personal akan lebih mahal dari harga tempahan pukal.
Jangan pula salahkan kilang, diri sendiri yang tersilap menghnatar kuantiti kain
3. Bayaran deposit di tempat
kami adalah 50%, pastikan kita tak batalkan tempahan kerana sekiranya diri
sendiri yang batalkan maka bayaran tidak dikembalikan, ini semua orang pun tahu
kan . Jangan
lah nak meroyan nak cakap orang Yahudi sebab tak kembalikan. Itu kan
sudah tertahluk kepada terma dan syarat) Dimana-mana bisnes pun, kalau sendiri
batalkan sendiri lah kena tanggung akibatnya.
4. Jangan nanti tetiba ada kilang lain yang menawarkan harga murah RM5, kita terkinja-kinja nak ambik balik kain tanpa menggira kos di sebelah kilang jahit. Setiap kilang sudah menggira jadual pengeluarannya dengan mengambil kain mereka telah kerugian masa untuk membuat pola dan jadual pengeluaran. Kalau tak nak deposit terbakar jangan buat perangai!
5. Proses membuat tempahan pukal tidak sama
dengan tempahan personal. Kain akan disusun banyak-banyak dan berlapis-lapis.
Tukang potong mungkin terlepas pandang ada kain yang kotor mahupun terkoyak.
Jangan harap kami nak periksa setiap inci kain. Memang tak terbuat la ya.
6. Masalah utama di kilang jahit adalah kain
yang di bekalkan terkadang kotor, terkoyak dan juga berlainan kualiti. Ada yang berkualiti dan
yang low kualiti. BIla kain yang dibekalkan tidak sama berat maka sesetengah
tempahan yang jahit akan berlainan flowy nya. Jangan cakap kenapa kami tak
periksa sebelum potong. Ini adalah tanggungjawap pembekal kain dan juga
pemilik, kami hanya tukang jahit sahaja. Tugas tukang jahit adalah menjahit
tempahan seperti yang di mahukan mengikut ukuran-ukuran yang telah di
persetujui.
7. Apabila kain berlubang, kotor dan bermasalah
maka jumlah tempahan akan berkurangan dari yang kita kirakan sebelum ini.
Jangan lah tuduh kilang jahit curi kain. Berlambak kain kalau nak curi dik oi.
8. Perkara yang sangat-sangat perlu kita pahami. Kualiti jahitan tempahan kita adalah berdasarkan kepada harga upah yang mampu kita bayar. Kalau mahu tempahan jahitan bertaraf butik; cari kilang jahit yang memang menjahit jahitan berkualiti. Namun kalau sekadar tempahan mass market dan pasar malam mana-mana tukang jahit sudah mencukup – janji lekat la ya.
Harga juga pasti jauh lebih murah. Ada banyak cara untuk
menghasilkan tempahan jahitan murah. Itu lah rahsia setiap tukang jahit!
Jadinya bila kita minta sebut harga, kena
pastikan juga contoh jahitan yang ditawarkan.
Bila murah kena jahit laju, bila jahit laju
kualiti akan di abaikan janji mesin jalan dan kain terlekat. Tiada proses QC
janji siap!
9. Lagi bahaya apabila kita
buat contoh prototype dengan orang lain kemudian jahit dengan orang lain, untuk
dapatkan harga lebih murah dari pembuat contoh prototype mereka akan
menggurangkan kos-kos alatan jahitan juga menjarakkan mata jahitan. Hati-hati
lah ya. Jadi seperti yang kita mahukan tidak bermaksud sama kualitinya. Tepuk
dada tanya selera la ya.
10. Jangan lupa untuk hantar label pakaian, apabila tempahan sudah siap di jahit maka pihak kilang akan kenakan bayaran tambahan jadi jangan lupa!
11. Didalam keadan tenang dan juga jadual
pengeluaran yang tidak penuh, pihak kilang kami dapat menyiapkan 200-300 pasang
seminggu tempahan. Jadi pastika kilang yang kita tempah pakaian tu tempoh
siapnya bila.
Jangan janji 1 minggu 3bulan pun tak siap.
Mahu stress nanti!
Fesyen industry adalah sesuatu yang
menyeronokkan. Jangan stress yang tak memasal kerana salah pilih kilang jahit.
Kami memang terkenal dengan tempahan jahitan pukal yang berkualiti, namun kalau nak jahit yang janji lekat tu pun kami boleh tolong buatkan.
Kami mampu menjahit gred butik, gred butik kilang, gred mass market juga gred pasar malam. Harga berdasarkan kepada kemampuan pelanggan, tak boleh lah nak kualiti butik tapi nak harga pasar malam tak inline lah gitu ya.
Tempahan jahitan pukal berkualiti kami bermula
dengan minima 20 pasang sahaja.
nak tempah wasap.my/+60109285344/jahitanpukalberkualiti
No comments:
Post a Comment