Sunday 2 September 2018

Wakaf Ilmu - Kain Cotton

Bila kita cakap pasal kain cotton, sebenarnya kain cotton tu ada macam-macam jenis dan kualiti. Ada yang murah RM3/meter juga ada yang mahal berpuluh ringgit semeter.

Antara kain cotton yang sering di gunakan untuk membuat blouse ataupun telekung adalah Cotton Toyobo dan Cotton Ima.

Kain Cotton Toyobo dan kain Cotton Ima; kelihatan sama kerana kedua-dua kelihatan sama-sama halus tidak kasar dan sejuk.

Kalau orang yang kurang berpengalaman pasti menggatakan ini adalah cotton yang sama.

Kedua jenis cotton ini bersifat ringan, menyerap peluh, tidak kusut dan tak perlu di gosok. Namun perbezaan antaranya, kain Cotton Toyobo lebih tebal dan berkilat sedikit.

Kain Cotton Toyoba umumnya memiliki serat kain yang lebih jelas dari pada kain Cotton Ima. Jika dipegang kain cotton Toyobo akan terasa lebih tebal, lebih berat, dan sedikit lebih kaku.

Harga dan kualiti kain cotton Ima lebih murah berbanding dengan Cotton Toyobo. Sifat kain nya pun juga lebih ringan dan agak tipis. Kain Cotton Ima serat kainnya cenderung lebih halus dan hampir tidak terlihat.

Ilmu ini tdak boleh dipelajari hanya dengan melihat gambar atau online, kita perlu menyentuh dan melihat kain ini dari dekat, baru dapat membeza antara keduanya. Dengan cara seperti ini baru kita akan menjumpai beberapa perbezaan yang cukup signifikan dari kedua jenis kain tersebut.

(btw Cotton Toyobo tu pun ada banyak range of quality.)
Sebab tu lah para pelanggan kami menjual produk mereka dengan harga yang berbeza-beza walaupun menjahit di tempat yang sama.

Kualiti kain lain,
Kualiti jahitan pun lain
semua ni di ambil kira untuk harga produk
jangan lah compare product pasar malam dengan produk GM, Jalan Kenanga mahupun dengan produk butik.

Semuanya ada target market tersendiri!!!

Selama belajar!

Ok ya cikgu garang nk gi appointment doktor kejap..
nanti cikgu share ilmu lagi ya..

Nak tempah jahitan berkualiti di tempat kami
wasap.my/+60109285344/jahitanpukalberkualiti

#cottontoyobovscottonima




No comments:

Post a Comment

Tailor & Tukang Jahit : Production Baju Melayu Kanak-kanak

  Dengan penuh kasih dan teliti, kami menyediakan jahitan baju kanak-kanak yang unik dan berkualiti tinggi. Dari rekaan yang comel hingga ba...