Monday 3 September 2018

PROSES #4 - TEMPAHAN JAHITAN PUKAL BERKUALITI

PROSES TEMPAHAN JAHITAN PUKAL BERKUALITI

PROSES #4
Mengambil Tempahan yang sudah siap
1 - Kebanyakkan kilang jahit menerima tunai ataupun pemindahan wang secara talian sahaja. Ada yang terima cek namun tempahan hanya akan di serahkan setelah cek tersebut di tunaikan ke dalam account pengilang.

Sekiranya pihak syarikat pelanggan hanya menggeluarkan cek mak pastikan bayaran di jelaskan 3 hari sebelum menuntut tempahan yang sudah siap.

Kilang yang berpengalaman seperti kami sudah serik dengan perangai pelanggan yang stop payment check setelah barangan di ambil. Maka setelah cek dilunaskan baru barang di serahkan.

2-
Ada sesetengah kilang mereka kan tolong packing menggunakan plastik pembungkusan kita, ada pula yang siap gosok dan di gantungkan terus untuk di gantung di butik kelak.

Namun ramai yang sekadar ikat dan bungkus untuk menggurankan kos pembungkusan. Sekali lagi harga tempahan jug amempengaruhi proses terakhir samada tempahan di gosok atau tidak, samada ia dibungkus 1 -1.

Semua nya ada kos untuk di tolak tambah!

3 - Sila pastikan kuantiti tempahan yang di terima betul dan tepat. Jika ada sebarangn kecacatan di dalam jahitan apakah prosedur kilang tersebut untuk pembaikan.

Di kilang jahit kami sebarang masalah jahitan hendak lah di selesaikan dalam tempoh masa 3 hari bekerja. Maka pastikan semuanya dilakukan dalam masa yang di tetapkan.
 
Semoga perkongsian saya ini akan memudahkan para pencembur dunia fesyen. Untuk orang lama mereka sudah lali dengan proses-proses tersebut dan ramai juga yang mengakalkan si tukang jahit, Ambik tempahan tak bayar tu yang paling banyak sekali.

Pesanan saya, berniaga biar berkat!

Didalam pemerhatian saya sesipa yang buat hal bisnes nya tak kemana keberkatan rezeki tak ada la tu kan.




No comments:

Post a Comment

Tailor & Tukang Jahit : Production Baju Melayu Kanak-kanak

  Dengan penuh kasih dan teliti, kami menyediakan jahitan baju kanak-kanak yang unik dan berkualiti tinggi. Dari rekaan yang comel hingga ba...