Monday 3 September 2018

PROSES #3 - PENGELUARAN TEMPAHAN JAHITAN

PROSES TEMPAHAN JAHITAN PUKAL BERKUALITI

PROSES #3
Pengeluaran Tempahan Jahitan

Apabila kita sudah mempunyai contoh prototype pakaian.tudung ataupun telekung yang hendak di tempah ataupun telah berpuas hati dengan contoh prototype yang dibuat, proses seterusnya adalah untuk meneruskan tempahan jahitan.

Antara perkara yang perlu kita ambik berat adalah :-

1. Memberikan contoh prototype ataupun contoh pakaian rujukan pihak kilang untuk membuat pola saiz dan juga jahitan.

2. Pastikan kita memberi kain yang mencukupi, contoh untuk membuat 1 baju kurung memerlukan 4-
5 meter mengikut size pakaian x 20pasang = 100 meter kain lebih kurang. Bagi lah lebih kain kalau terlebih biasanya kilang akan terus potong atau kembalikan kain.

Sekiranya tak cukup nanti kilang akan charge tempahan pada harga personal, dimana biasanya tempahan personal akan lebih mahal dari harga tempahan pukal.

Jangan pula salahkan kilang, diri sendiri yang tersilap menghnatar kuantiti kain
kan.

3. Bayaran deposit di tempat kami adalah 50%, pastikan kita tak batalkan tempahan kerana sekiranya diri sendiri yang batalkan maka bayaran tidak dikembalikan, ini semua orang pun tahu kan. Jangan lah nak meroyan nak cakap orang Yahudi sebab tak kembalikan. Itu kan sudah tertahluk kepada terma dan syarat) Dimana-mana bisnes pun, kalau sendiri batalkan sendiri lah kena tanggung akibatnya.

4. Jangan nanti tetiba ada kilang lain yang menawarkan harga murah RM5, kita terkinja-kinja nak ambik balik kain tanpa menggira kos di sebelah kilang jahit. Setiap kilang sudah menggira jadual pengeluarannya dengan mengambil kain mereka telah kerugian masa untuk membuat pola dan jadual pengeluaran. Kalau tak nak deposit terbakar jangan buat perangai!

5. Proses membuat tempahan pukal tidak sama dengan tempahan personal. Kain akan disusun banyak-banyak dan berlapis-lapis. Tukang potong mungkin terlepas pandang ada kain yang kotor mahupun terkoyak. Jangan harap kami nak periksa setiap inci kain. Memang tak terbuat la ya.

6. Masalah utama di kilang jahit adalah kain yang di bekalkan terkadang kotor, terkoyak dan juga berlainan kualiti. Ada yang berkualiti dan yang low kualiti. BIla kain yang dibekalkan tidak sama berat maka sesetengah tempahan yang jahit akan berlainan flowy nya. Jangan cakap kenapa kami tak periksa sebelum potong. Ini adalah tanggungjawap pembekal kain dan juga pemilik, kami hanya tukang jahit sahaja. Tugas tukang jahit adalah menjahit tempahan seperti yang di mahukan mengikut ukuran-ukuran yang telah di persetujui.

7. Apabila kain berlubang, kotor dan bermasalah maka jumlah tempahan akan berkurangan dari yang kita kirakan sebelum ini. Jangan lah tuduh kilang jahit curi kain. Berlambak kain kalau nak curi dik oi.

8. Perkara yang sangat-sangat perlu kita pahami. Kualiti jahitan tempahan kita adalah berdasarkan kepada harga upah yang mampu kita bayar. Kalau mahu tempahan jahitan bertaraf butik; cari kilang jahit yang memang menjahit jahitan berkualiti. Namun kalau sekadar tempahan mass market dan pasar malam mana-mana tukang jahit sudah mencukup – janji lekat la ya.

Harga juga pasti jauh lebih murah. Ada banyak cara untuk menghasilkan tempahan jahitan murah. Itu lah rahsia setiap tukang jahit!

Jadinya bila kita minta sebut harga, kena pastikan juga contoh jahitan yang ditawarkan.
Bila murah kena jahit laju, bila jahit laju kualiti akan di abaikan janji mesin jalan dan kain terlekat. Tiada proses QC janji siap!

9. Lagi bahaya apabila kita buat contoh prototype dengan orang lain kemudian jahit dengan orang lain, untuk dapatkan harga lebih murah dari pembuat contoh prototype mereka akan menggurangkan kos-kos alatan jahitan juga menjarakkan mata jahitan. Hati-hati lah ya. Jadi seperti yang kita mahukan tidak bermaksud sama kualitinya. Tepuk dada tanya selera la ya.

10. Jangan lupa untuk hantar label pakaian, apabila tempahan sudah siap di jahit maka pihak kilang akan kenakan bayaran tambahan jadi jangan lupa!

11. Didalam keadan tenang dan juga jadual pengeluaran yang tidak penuh, pihak kilang kami dapat menyiapkan 200-300 pasang seminggu tempahan. Jadi pastika kilang yang kita tempah pakaian tu tempoh siapnya bila.

Jangan janji 1 minggu 3bulan pun tak siap. Mahu stress nanti!

Fesyen industry adalah sesuatu yang menyeronokkan. Jangan stress yang tak memasal kerana salah pilih kilang jahit.

Kami memang terkenal dengan tempahan jahitan pukal yang berkualiti, namun kalau nak jahit yang janji lekat tu pun kami boleh tolong buatkan.

Kami mampu menjahit gred butik, gred butik kilang, gred mass market juga gred pasar malam. Harga berdasarkan kepada kemampuan pelanggan, tak boleh lah nak kualiti butik tapi nak harga pasar malam tak inline lah gitu ya.

Tempahan jahitan pukal berkualiti kami bermula dengan minima 20 pasang sahaja.

nak tempah wasap.my/+60109285344/jahitanpukalberkualiti



















No comments:

Post a Comment

Tailor & Tukang Jahit : Production Baju Melayu Kanak-kanak

  Dengan penuh kasih dan teliti, kami menyediakan jahitan baju kanak-kanak yang unik dan berkualiti tinggi. Dari rekaan yang comel hingga ba...