Sunday 2 September 2018

PROSES #2 - MEMBUAT CONTOH PROTOTYPE

PROSES TEMPAHAN JAHITAN PUKAL BERKUALITI

PROSES #2
Membuat Contoh Prototype Pakaian/Tudung/Telekung atau sebagainya.

1. Pastikan kita mempunyai rekaan yang kita mahukan. Buatlah sedikit penyelidikkan tentang design ataupun pattern yang ada di pasaran sekarang. Boleh tengok media sosial ataupun internet untuk info tentang pattern yang laku keras,

2. Ada sesetengah kilang jahit mereka boleh menasihatkan tentang design/pattern yang terbaru namun sesetengahnya sekadar acuh tak acuh. Kita kena ada idea sendiri tentang apa tempahan yang kita mahukan.

3. Pastikan design/pattern tersebut bersesuian dengan kain yang kita pilih. Kena ada sedikit ilmu tentang kain. Perkara terbaik adalah kita ambil masa untuk berjalan-jalan di pusat jualan kain dan mengetahui sedikit sebanyak tenang ilmu kain. Contohnya cotton pun ada pelbgai jenis dan kualiti, begitu juga lycra mahupun chiffon. Ada banyak kualiti !

4. Biasanya untuk kilang jahit yang berpengalaman mereka memang mempunyai designer yang boleh menasihatkan jenis design/pattern mahupun jenis kain yang sesuai di gunakan. Kilang yang begini akan memudahkan kerja kita sebagai pemain baru didalam industri fesyen.

5. Proses membuat sample prototype biasanya mengambil masa 1-4 minggu mengikut tempoh jadual pengeluaran di sesebuah kilang jahit. Kita tak boleh nak sesuka hati nak potong jadual pengeluaran orang lain takut nanti lain kali orang pula potong jadual kita. Pihak kilang pasti dapat memberikan tarikh yang dijangkakan siap.

6. Apabila sample prototype siap, cepat-cepat lah datang tengok ataupun minta di poskan dan sekiranya tidak berpuas hati dengan contoh tersebut tak perlu marah-marah. Apa yang ada di otak kita tak sampai kepada otak orang lain. Kita terangkan semula apa yang kita mahu sehingga designer tersebut paham dengan jelas.

7. Di kilang jahit kami, proses alterations akan dibuat hanya SEKALI sahaja, selepas itu sekiranya pelanggan masih tidak berpuas hati, maka bayaran tambahan akan dikenakan untuk alter prototype tersebut. Terkadang apa yang ada di otak kita apabila di materialize kan tak sama dengan keinginan kita dan itu bergantung kepada jenis kain dan design. Jangan lah cakap tukang jahit tak pandai pulak ya, kita sendiri kurang ilmu sebenarnya.

8. Biasanya pihak kilang akan mengenakan bayaran untuk membuat contoh prototyope dan harganya bergantung kepada susah senang setiap design/pattern. Dikilang kami bayaran minima RM150 sehingga RM300 ikut susah senang design. Namun harganya  akan di kembalikan kepada harga pukal apabila pelanggan menjalankan proses pengeluaran di kilang kami.

9. Nampak pelik kan, namun untuk menjaga kepentingan kami sebagai peniaga juga, kalau tidak kilang kami akan menjadi pusat membuat contoh prototype kepada pelanggan sahaja. Ramai pengilang asing yang tiada ilmu melukis pola akan tekap baju contoh prototype. Hati-hati ini akan menyebabkan size akan berubahan juda pola senget. Pola senget menyebabkan pakaian tersebut tidak sedap di pakai.

10. Membuat 1 contoh pengeluaran tidak sama dengan membuat 100 pasang pakaian pasti akan ada silap kecil namun untuk kilang yang melukis pola dan bersistem, kesilapan ini dapat di minimize kan. Pilihkan kilang yang berpengalaman dan mempunyai pekerja yang mahir.

11. Pastikan kita mempunyai contoh prototype seawal mungkin, jangan tunggu sehingga saat akhir baru nak menempah. Kilang jahit biasanya 6 bulan sebelum raya sudah membuat pengeluaran untuk jualan raya. 1 Ramadhan baju sudah kena ada di butik ataupun bazar.

12. Apabila contoh prototype sudah dipersetujui maka pengeluaran akan dibuat sama sekali dengan contoh pakaian. Dan pengilang tak akan membuat sebarang ubahan. Pihak kilang tak akan memperbaiki ataupun membuat alteration untuk kesilapan pelanggan yang tetiba nak tambah poket atau sebagainya. Ini memang sudah terang dan jelas.


Proses membuat contoh prototype ini amat penting dan sangat serius kerana contoh yang 1 ini akan dibuat 100 – 1000 pasang mengikut keperluan pasaran,

Ada sesetengah kilang mereka akan menyediakan beberapa design/pattern untuk koleksi jualan raya. Ada juga yang membuat pertunjukkan fesyen untuk design mereka. Biasanya designer tekenal yang membuat begitu.

Untuk orang baru, kita kongsi kek je lah kan. Ubah sana sikit situ sikit sudah memadai, kita tak pun tapi kita improvise design ikut idea kita. Designer pun ramai yang begitu.

Di kilang kami tempahan pukal minima 20 pasang sahaja tapi kena cari kain sendiri la ya tapi kalau tempah 100pasang pasti designer kami akan tolong belikan kain.

Beli kain 100 meter tak sama dengan beli kain 1000 meter, harga pun berbeza juga. Kami pula beli kain direct dari pengimport kain mereka tak jual 1 kayu.

Untuk mereka yang baru nak masuk industri pergi lah buat “fabric hunting” supaya tidak di tipu pembekal kain mahupun pengilang jahit yang menyediakan kain.

Pastikan kita paham design dan juga jenis kain yang sesuai, tak ada lah pening kepala.
Berniaga fesyen itu menyeronokkan.

Jemput datang ke kilang jahit kami di Seksyen 28, Shah Alam atau wasap 010-9285344 – berikan design ataupun gambar agar mudah kita menggirakan kos jahitannya.

Kalau tak jawap tu mesti sibuk ataupun berada di luar kawasan.
Hubungi pejabat 03-5103 8583  untuk temujanji.










No comments:

Post a Comment

Tailor & Tukang Jahit : Production Baju Melayu Kanak-kanak

  Dengan penuh kasih dan teliti, kami menyediakan jahitan baju kanak-kanak yang unik dan berkualiti tinggi. Dari rekaan yang comel hingga ba...